Mohamed Azmin sedia disiasat isu dakwaan kumpul harta - Utusan Malaysia

Mohamed Azmin sedia disiasat isu dakwaan kumpul harta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sedia disiasat sekiranya terdapat laporan dan bukti kukuh berhubung dakwaan beliau mengumpul kekayaan dan mempunyai wang simpanan jutaan ringgit dalam pelbagai akaun di luar negara sepanjang memegang jawatan Menteri Besar Selangor sebelum ini. 

Beliau berkata, tuduhan yang dilemparkan oleh sebuah blog berbahasa Inggeris itu merupakan percubaan jahat dan fitnah untuk mencemarkan reputasinya. 

Katanya, mereka yang membuat tuduhan itu seharus tampil ke hadapan membuat laporan polis dan bukan membuat tuduhan tidak berasas. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya dari dulu (sedia disiasat) dan tuduhan ini bukannya baharu. 

“Perkara ini tidak patut berlaku dalam suasana hari ini dan sekiranya mana-mana individu dan pihak mempunyai bukti yang kukuh harus tampil kepada pihak berkuasa supaya siasatan dapat dilakukan,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat negeri Selangor di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah blog yang memaparkan kenyataan seorang individu yang mendakwa merupakan kakitangan kepada Mohamed Azmin sewaktu beliau menyandang jawatan Menteri Besar Selangor.

Individu terbabit mendakwa Azmin mengumpul kekayaan dan menyimpan wang tersebut di beberapa akaun di luar negara termasuk 54 buah akaun bank di Malaysia, Indonesia, Singapore, Dubai, Hong Kong, India, Shanghai, Abu Dhabi, Australia, Zurich dan Amerika Syarikat atas nama beliau selain isteri, Shamsidar Taharin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini