Mina penyelamat Colombia - Utusan Malaysia

Mina penyelamat Colombia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAMARA – Pemain pertahanan Colombia, ­Yerry Mina muncul wira buat skuad Los Cafeteros selepas meledak gol kemenangan 1-0 ke atas Senegal pada aksi terakhir Kumpulan H di Arena Cosmos semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jaringan tunggal tersebut sudah memadai buat Colombia apabila mara ke pusingan 16 pasukan terbaik Piala Dunia 2018, sekali gus muncul sebagai pendahulu kumpulan selepas mengumpul enam mata.

Kemenangan itu juga melegakan skuad kendalian Jose Pekerman apabila mara ke saingan kalah mata, sekali gus mampu menyamai rekod terbaik mereka ke saingan suku akhir ketika membuat penampilan pada Piala Dunia 2014 di Brazil.

Pada saingan tersebut, Sene­gal dilihat menguasai saingan selepas hampir menjaring gol awal ketika penyerang berbisanya, Sadio Mane dijatuhkan dalam kawasan kotak penalti.

Bagaimanapun, Video Ban­tuan Pengadil (VAR) memainkan peranan pen­­ting apabila mengesahkan tiada sebarang jatuhan, sekali gus Senegal terlepas peluang untuk mendapatkan sepakan penalti.

Bersambung babak kedua perlawanan, Colombia melakukan asakan ke pintu gol Senegal, namun cubaan tersebut mene­mui jalan buntu selepas gagal menembusi benteng pertahanan Senegal.

Bagaimanapun, Mina yang merupakan pemain pertahanan Barcelona bijak mencari ruang dan berjaya menanduk bola menerusi hantaran sepakan sudut Juan Fernando Quintero pada minit ke-73, sekali gus selesa menguasai sepanjang baki perlawanan.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Senegal dilihat ‘mati akal’ mencari jalan untuk me­nembusi gawang Colombia, namun segala percubaan Se­negal dikawal baik David Ospina dalam separuh masa kedua.

Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Hasil keputusan tersebut, impian Senegal untuk ke pusi­ngan kalah mati tidak kesampaian apabila menduduki tangga ketiga Kumpulan H selepas me­ngutip empat mata.

Meskipun Senegal berkongsi empat mata bersama Jepun, namun skuad Samurai Biru layak atas peraturan fair play setelah mengutip empat kad kuning berbanding Senegal enam kad ku­ning. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN