KUALA LUMPUR – Tiada perbincangan berhubung cadangan pembubaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hari ini, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata, mesyuarat yang berlangsung 90 minit itu hanya menyentuh penerangan berhubung tafsiran ayat-ayat al-Quran dan hadis berkaitan suasana masyarakat masa kini dan negara. “Tiada (perbincangan mengenai Jakim). Bahkan, saya pegang apa yang Tun (Dr. Mahathir Mohamad) nyatakan semalam bahawa isunya…










