Hari ini hari keempat kita berada di bulan Syawal. Ada yang masih merayakan Aidilfitri dengan meriah dan ramai juga yang telah mula berpuasa enam. Sudah empat hari Ramadan pergi. Masih adakah semangat Ramadan bersama-sama kita? Satu Syawal yang lalu umat Islam meraikan hari raya Aidilfitri dengan begitu meriah sekali. Apa sebenarnya yang kita raikan? Apakah kita meraikan pemergian Ramadan? Atau apakah meraikan kehadiran Syawal? Hakikatnya, Aidilfitri disambut bagi meraikan kemenangan…










