KUALA LUMPUR 1 Jun – Jumlah timbalan menteri di sesebuah kementerian akan ditentukan oleh menteri yang memegang portfolio berkenaan, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, beliau sendiri buat masa ini tidak dapat memutuskan jumlah timbalan menteri yang diperlukan oleh Kabinetnya. “Kita akan beri hak kepada menteri sama ada perlukan timbalan atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Petaling Jaya dekat sini, hari ini.…









