KUALA LUMPUR 25 Jun – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mahu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang dikaitkan dengan isu pertikaian penyaluran dana distruktur semula secara besar-besaran.
![]() |
|
Gobind Singh Deo
|
Selain FINAS, beliau berkata, beberapa agensi lain yang turut memerlukan penstrukturan semula adalah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan MYNIC Berhad.
Bukan drastik tetapi memerlukan rombakan urus tadbir secara besar-besaran, terutamanya FINAS.
Untuk jabatan-jabatan lain, saya sudah tengok, tiada masalah besar dan hanya memerlukan sedikit perubahan kecil sahaja,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke FINAS di sini, hari ini.
Beliau sebelum itu mengadakan pertemuan kira-kira lebih dua jam dengan Ketua Pengarah FINAS, Datuk Fauzi Ayob dan kakitangan FINAS.
Gobind Singh Deo juga mengesahkan setakat ini beberapa pegawai FINAS telah dipanggil Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merekodkan keterangan berhubung pertikaian penyaluran dana tahun 2017.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu yang dipanggil kerana dikhuatiri mengganggu siasatan. – UTUSAN ONLINE











