Dalam pendakian ini, kami turun mengikut trek Taman Hidup dan kami sempat singgah di puncak Hyang. Selepas dua jam melewati kem Kali Putih dan Cemara Lima, kami berhenti untuk solat. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Taman Hidup. Sekitar satu jam sebelum Maghrib, kami tiba di Taman Hidup. Tapak perkhemahan ini luas dan terdapat kawah serta pondok kecil. Semasa makan malam, Noorhaffiz Ismail (Apis) mencadangkan kami mendaki Gunung Kelud. Keesokannya,…










