KUALA LUMPUR 17 Jun – Tatkala takbir bergema pada pagi Syawal, perasaan sayu pasti mencengkam hati golongan gelandangan kota yang meraikan hari kemenangan bagi umat Islam tanpa keluarga di sisi. Rata-rata yang ditemui mengakui sambutan Hari Raya Aidilfitri sudah tidak bermakna bagi mereka. Ini kerana apa yang lebih pen-ting bagaimana mahu meneruskan kelangsungan hidup demi mendapatkan sesuap nasi. Sempena sambutan Hari Raya tahun ini Utusan Malaysia berkesempatan mendekati golongan ini…










