MELAKA – Tuan rumah, Melaka United gagal mengulangi kemenangan empat hari lalu apabila ditewaskan lawan sama Kuala Lumpur 4-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat malam tadi. Dalam perlawanan seimbang itu menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun tuan rumah berjaya memperoleh gol pertama menerusi penyerang import, Ifedayo Omosuyi pada minit ke-5. Bagaimanapun pada minit ke-30, pemain berpengalaman, Indra Putra Mahyuddin menyamakan kedudukan sebelum Ifedayo kembali meletakkan Melaka di…