ISTILAH ‘MEDEVAC’ jarang didengari oleh kalangan masyarakat. Istilah tersebut merupakan singkatan kepada Medical Evacuation iaitu proses pemindahan anggota tentera dari satu-satu kawasan terutama sewaktu pertempuran. Walau bagaimanapun, dalam suasana negara yang aman, operasi MEDEVAC lebih tertumpu kepada pesakit dalam kalangan masyarakat awam lebih-lebih lagi membabitkan penduduk di kawasan pedalaman. Bagi Asisten Ketua Staf A5 Markas Pemerintahan Operasi Udara, Kolonel Tong Veng Leong, operasi MEDEVAC melibatkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)…










