MARAN 6 Jun – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dijangka membuka cawangan pertama perkhidmatan pajak gadai patuh syariahnya, Ar-Rahnu di luar negara di Medan, Indonesia menjelang Oktober ini. Pengarah Kanan Pengurusan Strategik dan Perbendaharaan Yapeim, Parihah Hassan berkata, yayasan berkenaan sudah mengenal pasti rakan kongsinya di negara itu untuk memulakan operasi cawangan tersebut. “Proses perbincangan itu sudah berlaku, jadi pihak di sana sedang memperhalusi terma-termanya. InsyaAllah dalam masa terdekat…










