MCCF gesa MPK siasat kejadian di Jalan Taiping - Utusan Malaysia

MCCF gesa MPK siasat kejadian di Jalan Taiping

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Jun – Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) menggesa Majlis Perbandaran Klang menyiasat secara terperinci berhubung kejadian di Jalan Taiping, Klang dekat sini menerusi video yang tular dalam laman sosial baru-baru ini.

Pengerusinya, Halim Ishak berkata, menerusi video berdurasi 45 saat itu, anggota penguat kuasa terbabit yang melakukan kekerasan terhadap peniaga adalah satu tindakan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Anggota penguat kuasa itu juga bertindak mengikut emosi dan di luar kawalan diri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“MCCF yakin berlaku perlanggaran undang-undang peniaga itup namun sebagai penjawat awam negeri, penguat kuasa perlu bertindak secara profesional dan bukanlah dengan menumbuk peniaga terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini