MB harap kerjasama erat dengan media - Utusan Malaysia

MB harap kerjasama erat dengan media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 27 Jun – Kerajaan negeri yang baharu berharap dapat menjalin kerjasama erat dengan para pengamal media di negeri ini dalam menyampaikan pelbagai maklumat berkaitan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, pada masa sama, kerajaan negeri berharap pihak media di negeri ini melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan integriti.

“Saya yakin pengamal media di negeri ini telah memberikan kerjasama dan akan terus lakukan yang terbaik, berintegriti serta bertindak sebagai ‘check and balance’ kepada kerajaan negeri supaya kita dapat lihat kesinambungan Bangsa Johor yang aman dan makmur,” katanya.

Osman berkata demikian ketika berucap pada majlis jamuan teh sempena Aidilfitri bersama lebih 100 pengamal media Johor di sini semalam.

Beliau berkata, media bukan sahaja berperanan sebagai penyebar maklumat yang tepat malah memikul amanah penting dalam menyuburkan perasaan ke­amanan kepada masyarakat.

Lebih lagi, tambahnya, dalam ledakan media baharu yang me­nuntut setiap orang sentiasa meneliti bahan atau sumber berita yang diterima.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Osman bersetuju untuk meneruskan pemberian geran tahunan berjumlah RM50,000 kepada Kelab Media Johor (KMJ) seperti dilakukan kerajaan negeri terdahulu.

Beliau turut menerima ‘lamaran’ Presiden KMJ, Mohamad Fauzi Ishak untuk menjadi penaung baharu kelab tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini