Mati ditikam ketika bergaduh - Utusan Malaysia

Mati ditikam ketika bergaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN – Pergaduhan antara dua lelaki warga Nepal berakhir de­ngan tragedi apabila salah seorang mati selepas ditikam bertubi-tubi dalam kejadian di sebuah rumah pekerja di ladang buah-buahan Kampung Gapis, Nyalas di sini kelmarin.

Beginilah keadaan mayat Rajkumar yang ditemui berlumuran darah
BEGINILAH keadaan mayat Rajkumar yang ditemui berlumuran darah selepas ditikam bertubi-tubi oleh rakannya ditemui di tingkat atas rumah pekerja ladang buah di Jasin kelmarin.

Mayat Rajkumar Rai, 22, ditemui oleh pemilik ladang berkenaan dalam keadaan berlumuran darah pada pukul 12.15 pagi di tingkat atas rumah ber­kenaan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal percaya mangsa telah bergelut dengan suspek berdasarkan kesan tompokan darah pada dinding serta permukaan tangga di rumah berkenaan.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN