KUALA LUMPUR 24 Jun – Drama rantaian yang mengisi slot Samarinda pada Ramadan lalu, Nur ternyata meninggalkan impak positif bukan sahaja kepada penonton setia naskhah terbabit, bahkan buat barisan pelakonnya sama ada pemegang watak utama, pembantu mahupun sampingan. Tempias populariti drama arahan Shahrulezad Mohameddin itu turut dirasai oleh Mathni Razak, 29, yang diberi kepercayaan menggalas peranan sebagai Doktor Mukhriz. “Ikutkan, saya bukanlah orang baharu dalam dunia lakonan tempatan kerana telah…











