KANGAR 2 Jun – Masjid selain menjadi tempat ibadat bagi umat Islam tetapi juga boleh berperanan sebagai pusat integrasi nasional antara kaum di negara ini. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, antara contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah dengan mengadakan hari terbuka dan dialog keharmonian antara kaum di masjid. Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyempurnakan penyerahan tauliah menunaikan solat Jumaat kepada Masjid Al-Maghfirah, Sungai Korok, Pauh…










