PARIS 5 Jun – Guillermo Maripan muncul wira Chile apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika menewaskan Serbia 1-0 dalam aksi pemanas badan menjelang Piala Dunia 2018.
Maripan meledak gol tersebut selepas menerima hantaran lintang daripada Marten Rodriguez dari jarak dekat pada minit ke-87 dalam perlawanan yang berlangsung di bandar Austria, Graz.
Di Geneva, walaupun Slovakia terlebih dahulu berada di depan namun mereka gagal melakar kemenangan apabila tewas 2-1 kepada Maghribi.
Maghribi diletakkan dalam Kumpulan B bersama Portuga, Sepanyol dan Iran manakala Serbia dalam Kumpulan E bersama Brazil, Switzerland dan Costa Rica.
Serbia akan meneruskan persiapan mereka untuk menghadapi Piala Dunia apabila dijadual menentang Bolivia pada Sabtu ini manakala Maghribi bertemu Estonia di Tallinn. – AFP











