Maradona nafi kena serangan jantung - Utusan Malaysia

Maradona nafi kena serangan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Diego Maradona tampil menjelaskan bahawa dirinya masih dalam keadaan baik selepas tersebarnya laporan mengenai keadaan kesihatannya ketika menyaksikan Argentina menang 2-1 ke atas Nigeria dalam kempen Piala Dunia 2018 FIFA di Rusia awal pagi tadi.

Legenda bola sepak dunia itu mengakui bahawa dia ada meminum ‘wine putih’ sebelum dirawat dalam bilik VIP selepas tersebarnya khabar angin mengenai kematiannya berikutan kejayaan dramatik Argentina ke atas Nigeria.

Maradona menafikan laporan bahawa dia mengalami serangan jantung dalam tembual bersama seorang wartawan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di dalam berkenaan, kami dihidangkan dengan ‘wine putih’. Ya kami semua ada minum wine berkenaan dan itulah sebenarnya apa yang terjadi,” jelas Maradona.

Dia terpaksa membuat kenyataan tersebut bagi menghalang penyebaran khabar angin tentang kematiannya sebelum mengumumkan dalam laman Instagram bahawa dia mengalami kesakitan di bahagian lehernya akibat meminum wine berkenaan.

“Saya bersumpah atas nama ibu, cucu saya Benjamin dan anak saya Dieguito Fernando bahawa tiada apa-apa yang berlaku,” tegasnya.

“Ketika masa rehat perlawanan, kami pergi makan. Saya sukan ‘wine merah’ tetapi yang ada hanyalah ‘wine putih’.”

Maradona juga menghantar mesej kepada pasangannya, Rocio Olivia ketika tiba diMoscow: “Hello sayangku. Tiada serangan jantung, tiada sebarang suntikan.”

“Saya tidak tahu di mana mereka dengar khabar angin ini. Semuanya mengarut dan tidak masuk akal,” ujarnya dalam mesej tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini