Maradona kritik strategi Sampaoli - Utusan Malaysia

Maradona kritik strategi Sampaoli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES – Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona mengkritik jurulatih Argentina, Jorge Sampaoli serta merasakan beliau perlu memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam pasukan sekiranya ingin terus mengendalikan skuad kebangsaan.

Kejutan telah berlaku kepada Argentina selepas mereka hanya seri 1-1 ketika berdepan Iceland untuk perlawanan pembukaan, manakala Lionel Messi terlepas peluang untuk menambah jaringan menerusi sepakan penalti pada separuh masa kedua.

“Jika beliau terus menunjukkan aksi seperti ini, Sampaoli pastinya gagal untuk mencipta kebangkitan buat skuad kebangsaan Argentina pada perlawanan akan datang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pendekatan yang dibawanya tidak sesuai walaupun pemain Iceland secara keseluruhannya mempunyai ketinggian 1.90 meter tetapi beliau lebih memilih bermain bola atas berbanding hantaran pendek.

“Kamu boleh bawa 25 pemain yang bagus beraksi bersama, namun Sampaoli perlu bekerjasama dengan semua.

“Kita dapat lihat Iceland bermain dengan baik serta menghukum Argentina dengan keputusan yang sa-ngat memalukan,” kata Maradona.

Maradona juga terkejut selepas Argentina tidak boleh mendapatkan asas-asas yang betul dan beliau bimbang kerana mereka hanya bergantung pada Messi untuk perlawanan sete-
rusnya berdepan Croatia.

“Mereka bakal berdepan masalah sekiranya terus bergantung pada Messi kerana pasukan lawan mempu-nyai kelebihan untuk me-lakukan serangan balas pantas bagi menghukum Argentina,” ujarnya. 
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini