PARIS 8 Jun – Simona Halep berikrar untuk memadam mimpi ngeri 2017 dan menamatkan badi Grand Slam dengan merangkul kejuaraan pertama apabila berdepan Sloane Stephens pada final tenis Terbuka Perancis, esok. Halep, 27, naib juara 2014 dan 2017 cemerlang ketika menumpaskan juara 2016, Garbine Muguruza dari Sepanyol 6-1, 6-4 pada separuh akhir. Begitupun bintang No. 1 dunia dari Romania itu sering bernasib malang setiap kali beraksi di pentas Grand Slam…











