SKUAD hoki wanita negara menepati ramalan apabila sekali lagi mencatatkan kemenangan bergaya dengan sekali lagi berpesta gol membelasah Hong Kong 10-0 dalam aksi kedua Siri Hoki Terbuka Dunia di Singapura semalam. Ia merupakan kemenangan kedua Malaysian Tigress yang kini memimpin carta liga sepusingan dengan jumlah 28 gol daripada dua perlawanan selepas meratah Indonesia 18-0 dalam aksi pembukaan kelmarin. Pada aksi di Stadium Sengkang semalam, skuad negara, No. 22 dunia, ternyata langsung tidak dicabar oleh Hong Kong yang menghuni ranking lebih rendah, ke-43 dunia. “Kami tidak memandang rendah kemampuan Hong Kong…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya