PUTRAJAYA – Malaysia tidak mempunyai masalah bekalan beras negara buat masa ini, kata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini. Setiausaha Bahagian Industri Padi dan Beras kementerian itu Shamsuddin Ismail berkata negara mengeluarkan 73 peratus beras tempatan dan selebihnya ditampung dengan import yang dilaksanakan melalui kontrak jangka panjang. “Walau bagaimanapun, bagi memastikan sekuriti makanan terjamin, kerajaan sedang meneliti secara holistik berkaitan dengan pengurusan industri padi dan beras negara,” katanya…










