Malaysia minta kredit yen dari Jepun - Utusan Malaysia

Malaysia minta kredit yen dari Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, beliau meminta Jepun memberi kredit yen kepada Malaysia dengan rakan sejawatannya itu Shinzo Abe.

Dr. Mahathir dalam taklimat kepada wartawan Malaysia mengenai hasil lawatan kerja tiga harinya ke Jepun, beliau menyebut perkara itu kepada Abe pada pertemuan sebelum itu mengenai pinjaman mudah yang diberikan oleh Jepun kepadanya ketika beliau (Dr. Mahathir) menjadi perdana menteri sebelum ini, dengan kadar faedah hanya 0.7 peratus yang dibayar balik lebih 40 tahun.

“Pada masa itu kedudukan kewangan Jepun sangat baik. Namun kali ini, kita juga meminta beliau menimbang memberikan kredit yen kepada Malaysia dan beliau bersetuju untuk menimbangkannya,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Masa itu keadaan kewangan Jepun amat baik, tapi kali ini kita juga minta supaya dia timbang untuk memberi kredit yen (pinjaman) kepada Malaysia, dan dia mengaku bahawa dia akan timbang,” katanya.

“Kredit yang dia (Jepun) bagi itu untuk kita buat apa yang kita janji dengan dia, mungkin juga kita akan selesaikan pinjaman berkos tinggi yang kita ada dan menggantiannya dengan kredit yen.

“Oleh itu, kadar faedah akan lebih murah dan kita tidak perlu menanggung faedah yang besar, untuk tempoh yang lama,” kata Dr. Mahathir.

“Kredit yen ini kalau diberi sebagai soft loan (pinjaman mudah) akan menolong membantu kita untuk tangani masalah hutang kita yang besar. Kita tak semestinya menyelesaikan pinjaman lama, tetapi yang murah ini (kadar faedah) ini boleh menyumbang kepada pemulihan situasi hutang kita,” kata Perdana Menteri.

Beliau menarik perhatian bahawa Malaysia mengambil pinjaman sebelum ini dengan kadar faedah yang amat tinggi sehingga mencecah enam peratus, dan ada juga orang yang menguruskan kredit ini mendapat komisyen sehingga 10 peratus. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini