Malaysia, Jepun berhasrat luaskan kerjasama dalam pelbagai bidang - Utusan Malaysia

Malaysia, Jepun berhasrat luaskan kerjasama dalam pelbagai bidang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Malaysia dan Jepun berminat untuk meluaskan kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk pengurusan bencana dan dasar perlindungan sosial, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

Beliau berkata, Jepun mempunyai banyak pengalaman dalam mengurus bencana dan ini adalah antara bidang yang boleh dimanfaatkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Ini termasuk latihan dan perkongsian ilmu dalam beberapa perkara seperti teknologi amaran awal, membantu meramal dan membuat persiapan berkaitan bencana dan perancangan awal tentang cara menangani bencana besar,” kata Dr. Wan Azizah pada sidang akhbar bersama dengan Duta Besar Jepun di Malaysia Dr. Makio Miyagawa yang melakukan kunjungan rasmi terhadap beliau di pejabatnya di sini.

Dr Wan Azizah berkata: “Saya dimaklumkan bahawa Jepun kini memiliki satu sistem respons komprehensif bagi menghadapi kejadian gempa bumi dahsyat. 

“Selain itu, (kita memerlukan) kepakaran bagi mengurangkan risiko bencana sejak peringkat awal lagi dan menganjurkan latihan berskala besar untuk meningkatkan kesiapsiagaan kita dalam memberi respons terhadap bencana,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN