Malaysia, Indonesia sepakat tangani kempen Eropah burukkan industri minyak sawit - Utusan Malaysia

Malaysia, Indonesia sepakat tangani kempen Eropah burukkan industri minyak sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Malaysia dan Indonesia hari ini sepakat untuk menangkis kempen negatif Eropah berhubung industri minyak sawit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sebagai dua pengeluar utama komoditi itu, Malaysia dan Indonesia perlu bekerjasama melawan kempen yang dijalankan Eropah memburukkan industri negara.

“Eksport minyak sawit kini diancam oleh Eropah dan kita perlu bersama melawan hujah mereka kononnya banyak hutan ditebang yang memberi  kesan besar kepada cuaca dan alam sekitar,” katanya pada sidang akhbar bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo di Istana Presiden Bogor di sini.

Dr. Mahathir berkata, tentangan Eropah itu dilihat lebih berkaitan ekonomi dan bukannya kesan alam sekitar akibat penerokaan tanah untuk tanaman sawit.

Beliau berkata, jika berkaitan alam sekitar, negara Eropah yang sebenarnya tidak lagi mempunyai kawasan yang dilitupi hutan kerana hampir semuanya sudah ditebang.

“Apabila kita perlukan kawasan penanaman sawit yang lebih besar, mereka menentangnya,” katanya.

Sementara itu, Jokowi meminta kerajaan Malaysia menimbangkan permintaan Indonesia menyediakan sekolah untuk anak pekerja dari negara itu di Semenanjung Malaysia serta di Sabah dan Sarawak.

Beliau juga menyentuh keperluan mengadakan kerjasama erat dalam menangani isu berkaitan sempadan dan pengeluaran kereta bersama. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN