Majlis makan malam kumpul dana VICCB - Utusan Malaysia

Majlis makan malam kumpul dana VICCB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Jun – Majlis makan malam mengisi dana Pasukan Pancaragam Kor Kadet Victoria Institution (VICCB) bakal diadakan pada 7 Julai depan bagi merealisasikan misinya mewakili negara ke Pertandingan Pancaragam Dunia 2018 di Taipei, Taiwan penghujung Julai ini.

POSTER Majlis Makan Malam VICCB

Majlis anjuran VICCB itu akan berlangsung di Dewan Victoria Institution di sini bermula pada pukul 8 hingga 11 malam .

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah pancaragam VICCB, Muhaizi Mudzakir berkata, penganjuran majlis itu bertujuan mengisi dana perbelanjaan pasukan pancaragam itu sepanjang menyertai persaingan pertandingan bertaraf dunia itu.

Menurutnya, VICCB masih kekurangan dana berjumlah RM100,000 bagi menampung perbelanjaan logistik kesemua 93 ahli VICCB yang terlibat sepanjang empat hari (bermula 26 hingga 30 Julai) termasuk makan minum, penginapan dan tiket penerbangan pergi balik serta lain-lain.

“Mana-mana individu perseorangan, syarikat korporat atau pihak swasta yang berminat menghulur sumbangan boleh berbuat demikian melalui penajaan dua kategori meja iaitu penaja emas (RM100) dan penaja perak (RM50).

“Tetamu yang hadir juga berpeluang menyaksikan penampilan istimewa ahli VICCB yang turut mengetengahkan ‘street parade’ , persembahan pentas dan pertunjukan pancaragam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Majlis makan malam itu akan turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah dan jualan ‘keychain’ oleh pihak penganjur untuk mengisi dana tabung bagi merealisasikan hasrat VICCB menjulang nama negara.

Sebarang maklumat lanjut mengenai sumbangan, penajaan serta tempahan meja boleh menghubungi Muhaizi di talian 019-7843972 atau menyalurkan terus sumbangan melalui akaun RHB Bank di atas nama Azian Zain Ahmed (1623-2600-0238-07). -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini