Majlis Buka Puasa Bersama Julie's meriah - Utusan Malaysia

Majlis Buka Puasa Bersama Julie’s meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH 3 Jun – Majlis Buka Puasa Bersama Julie’s sekali lagi mendapat sambutan hangat setelah ramai yang hadir pada tahun lalu di lokasi berlainan.

Julie’s Manufacturing Sdn. Bhd. (Julie’s) dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) berganding bahu untuk menganjurkan acara tersebut di kilang baharu mereka dengan tujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta meraikan kemeriahan bulan Ramadan bersama komuniti dan anak-anak yatim di daerah ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri,Mohd. Rafiq Naizamohideen; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Muhammad Jailani Khamis; Yang Dipertua MPAG, Ismail Hashim dan Pengarah Unit Jualan dan Pemasaran Julie’s, Martin Ang Mui Chin.

Pada tahun lalu, Julie’s telah mengadakan kerjasama dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bagi menganjurkan majlis berbuka puasa dan berkongsi kasih sayang bersama golongan kurang bernasib baik di Dataran Menara Taming Sari. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN