Majlis ambang Aidilfitri Istana Arau meriah - Utusan Malaysia

Majlis ambang Aidilfitri Istana Arau meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 16 Jun – Seperti kelaziman, Majlis Ambang Aidilfitri Istana Arau berlangsung dalam suasana penuh meriah di Dataran Majlis, Istana Arau di sini semalam.

Para tetamu yang terdiri dalam kalangan kerabat diraja Perlis, kenalan serta ahli keluarga masing-masing diraikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Berangkat sama, anakanda-anakanda baginda berdua iaitu Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail; Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Antara tetamu lain yang turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan dan Ketua Polis negeri, Datuk Azisman Alias.

Kemuncak majlis tersebut diadakan sesi bergambar dihadapan rumah kampung yang dibina khas oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN