MESRA. Seramai 100 orang pelajar Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia diraikan pada majlis berbuka puasa di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Majlis Ihya Ramadan 2018 itu anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bersama MyEG Service Berhad.
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff berkata, majlis tersebut bertujuan meraikan pelajar berkenaan selain beramah mesra.
Turut hadir Pengarah Eksekutif MyEG Services Berhad, Datuk Raja Munir Shah Raja Mustapha.










