Mahkamah Majistret keluarkan waran tangkap terhadap Jamal  - Utusan Malaysia

Mahkamah Majistret keluarkan waran tangkap terhadap Jamal 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos selepas gagal hadir ke mahkamah bagi sebutan semula kesnya.

Perintah waran tangkap itu dikeluarkan oleh Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Mahkamah turut menetapkan 11 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Jamal dikehendaki hadir ke mahkamah untuk sebutan semula kes melibatkan pertuduhan melakukan mudarat awam yang dihadapinya.

Pada 25 Mei lalu, Jamal mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin daripada Mahkamah Majistret Shah Alam.

Prosiding kes itu dijalankan di wad premier Hospital Ampang Puteri, Ampang sekat sini berikutan Jamal sedang mendapatkan rawatan bagi masalah sakit belakangnya.

Mengikut pertuduhan, Jamal didakwa melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak menggunakan penukul besi sehingga mendatangkan bencana, bahaya dan kegusaran awam.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di hadapan pintu pagar keluar pos (1), bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam pada pukul 10.15 pagi 5 Oktober tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM400 jika sabit kesalahan. – K! ONLIONE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN