PUTRAJAYA – Pengasas dan pengerusi eksekutif Alibaba Group, Jack Ma yang mengadakan pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam terkejut dengan pengetahuan Perdana Menteri tentang teknologi.
“Saya terperanjat dengan pengetahuan beliau tentang teknologi,” kata Ma selepas pertemuan itu yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di sini
Menurut beliau, pada pertemuan selama sejam bermula pada pukul 9 pagi itu, mereka berkongsi banyak idea dan berbincang tentang cara untuk membebaskan lebih banyak rakyat Malaysia daripada belenggu kemiskinan serta memberi bantuan kepada lebih banyak golongan muda dan perniagaan kecil.
“Pertemuan ini sungguh bermanfaat,” kata Ma, yang berada di ibu negara untuk merasmikan sebuah pejabat Alibaba di Bangsar South, Kuala Lumpur semalam.










