TOKYO – Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan supaya Jepun memantapkan kedudukannya dalam landskap pendidikan di Malaysia dengan mewujudkan sebuah kampus cawangan universiti di sana. Perdana Menteri berkata, perkara itu telah disampaikan kepada rakan sejawatannya Shinzo Abe semasa pertemuan mereka di sini pada Selasa. Dr. Mahathir berkata, Malaysia adalah lokasi yang baik untuk tujuan itu kerana kos yang lebih rendah. “Jika ini menjadi kenyataan, lebih ramai rakyat Malaysia boleh mendapatkan pendidikan Jepun…










