MaGIC masih beroperasi seperti biasa - CEO - Utusan Malaysia

MaGIC masih beroperasi seperti biasa – CEO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA – Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) beroperasi seperti biasa meskipun laporan media yang menyatakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercadang untuk membubarkannya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ashran Gazi berkata, agensi itu telah memeriksa dengan Kementerian Kewangan dan dimaklumkan bahawa tiada sebarang perubahan.

“Malahan selepas 9 Mei lalu, ia beroperasi seperti biasa dan tidak ada apa perubahan berkaitannya. Kami diberi tahu untuk menjalankan program kami seperti biasa dan itulah yang kami lakukan hari ini,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Program Pemecut Global MaGIC yang dirasmikan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini. 

Ashran berkata, agensi yang memiliki 70 kakitangan itu ketika ini terlibat dengan 900 syarikat pemula niaga tempatan dan tidak memerlukan geran tambahan daripada kerajaan untuk menjalankan programnya.  

“Secara puratanya, peruntukan kami daripada kerajaan adalah sebanyak RM50 juta setahun dan sejak 2014 kira-kira RM197 juta telah dibelanjakan,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN