Madrasah mohon bantuan - Utusan Malaysia

Madrasah mohon bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Madrasah Ulumulquran Wal Ahadith, Kampung Rantau Panjang di sini memohon bantuan orang ramai dalam menampung perbelanjaan seharian pusat pengajian tersebut yang memerlukan sebanyak RM62,000 sebulan.

Pengerusi madrasah, Roslan Ariffin berkata, kos perbelanjaan sebanyak RM62,000 sebulan itu termasuk makan, minum, pengangkutan, sewa tempat, gaji dan bil utiliti.

Beliau berkata, 80 peratus perbelanjaan madrasah ini adalah sumbangan orang ramai dan beberapa bulan lalu sumbangan termasuk kewangan agak menurun.

Sehubungan itu, pihaknya telah membuka kedai runcit dan kafe untuk menampung perbelanjaan madrasah pada masa akan datang.

“Bagaimanapun kedai runcit kami tidak mempunyai bekalan barangan yang mencukupi menyebabkan penduduk kampung beralih kepada kedai lain manakala kafe pula tukang masak telah lari kerana kami kekurangan mo­dal.

“Setiap minggu kos perbelanjaan untuk makan dan minum pelajar termasuk guru dan kakitangan adalah sebanyak RM2,500 hingga RM3,000. Sehari untuk beras sahaja antara 30 hingga 40 kilogram,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang menyalurkannya ke akaun Maybank madrasah 5624 6930 8464 atau boleh terus ke madrasah di Jalan Haji Musran, Kampung Rantau Panjang atau hubungi talian 016-244 6567 atau 03-334 1277.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN