Lubang lokasi kemalangan bukan seliaan Syabas - Utusan Malaysia

Lubang lokasi kemalangan bukan seliaan Syabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Jun – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menafikan lubang kumbahan yang hampir meragut nyawa lelaki orang kurang upaya (OKU) setelah terjatuh sedalam enam meter di Jalan Timur 12, Taman Keramat di sini berada di bawah seliannya.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Syabas, Abdul Raof Ahmad dalam satu kenyataan berkata, lubang utiliti berkenaan berada di bawah penyelenggaraan pihak lain dan bukan seperti yang dilaporkan oleh kebanyakan media semalam.

“Lokasi kejadian tidak melibatkan kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kami dan berlaku kesilapan dalam laporan media semalam,’’ katanya di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor berkata, mangsa Muhammad Zaidey Zainudin, 46, menerima rawatan kecemasan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda jenis Ex-5 dikatakan hilang kawalan sebelum terjatuh ke dalam lubang kumbahan.

“Mangsa diselamatkan menggunakan tangga dan tali dan seterusnya dihantar ke HKL menggunakan ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN