KUALA LUMPUR – Kumpulan Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak) menawarkan 50 peratus diskaun tol kepada semua kelas kenderaan bagi kedua-dua pengguna Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya SPRINT bersempena Aidilfitri yang bakal tiba. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Litrak, Sazally Saidi dalam kenyataannya hari ini berkata, diskaun tol itu akan dinikmati pengguna bermula pukul 12 tengah malam esok (13 Jun) dan berakhir pada pukul 11.59 malam (14 Jun). “Kami…










