Lima PBT laksana Smart Selangor Parking - Utusan Malaysia

Lima PBT laksana Smart Selangor Parking

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 28 Jun – Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) melalui SSDU Inovations Sdn. Bhd. akan melaksanakan sistem letak kenderaan pintar, Smart Selangor Parking (SSP) mulai 1 Julai ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Urusan SSDU, Dr. Fahmi Ngah berkata, sistem bayaran letak kereta dan kompaun berintegrasi dalam talian menerusi aplikasi telefon pintar tersebut adalah saluran tambahan kepada penggunaan kupon dan pembayaran kompaun.

“SSP Fasa 1 ini membabitkan letak kenderaan lima pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Sepang (MPSp), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

“Melalui SSP, pengguna boleh tambah nilai dalam satu akaun dalam talian menerusi aplikasi telefon pintar untuk membayar caj dan kompaun letak kereta di parkir on-street PBT terlibat,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran SSP Fasa 1 oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri, Ng Sze Han di sini, hari ini.

Fahmi berkata, pengguna boleh menambah kredit SSP masing-masing menggunakan kaedah perbankan dalam talian seperti Maybank2u, CIMB Cliks, Ambank Online dan e-wallet Boost.

Jelasnya lagi, pembangunan SSP adalah selaras dengan komitmen kerajaan negeri menjadikan Selangor sebagai Negeri Pintar menjelang 2025.

“Selain kaedah tambahan untuk pengguna, SSP juga ternyata memudahkan pembayaran caj dan kompaun kerana pengguna tidak perlu mencari ejen jualan kupon atau pondok bayaran caj parkir.

“Sebaliknya, caj parkir dan kompaun boleh dilunaskan di hujung jari melalui satu aplikasi sahaja iaitu SSP,” katanya.

Melalui SSP, pembayaran caj dan kompaun letak kenderaan boleh dilakukan menerusi tiga kaedah iaitu pembayaran elektronik menggunakan telefon pintar menerusi aplikasi SSP yang boleh dimuat turun daripada Apple AppStore atau Google Playstore.

Bagi pengguna yang tidak mempunyai telefon pintar, boleh membuat pembayaran menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menghantar SMS ke +061110323278 dengan format . – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini