ANNAPOLIS 29 Jun – Sekurang-kurangnya lima maut apabila seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di dalam pejabat akhbar Capital Gazette, yang berpangkalan di sini, semalam. Menurut polis, suspek yang bersenjata senapang atau senapang patah adalah lelaki kulit putih dan beliau sudah ditahan bagi disoal siasat. Suspek dipercayai bertindak bersendirian dalam insiden itu. Saksi yang juga wartawan akhbar harian terbabit, Phil David dalam mesej di Twitter, menceritakan mengenai seorang lelaki menembak menerusi…










