Letak tanda harga ikut berat ditetapkan, elak keliru - Utusan Malaysia

Letak tanda harga ikut berat ditetapkan, elak keliru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Peniaga dan pengendali pasar raya diingatkan supaya meletakkan tanda harga mengikut unit berat barangan yang ditetapkan kerajaan bagi mengelak pengguna keliru dengan tawaran harga sebenar barang.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, Azman Adam berkata ini kerana ada dalam kalangan pengendali pasar raya dan peniaga meletakkan tanda harga berasaskan kepada setiap 100 gram, sedangkan ada barangan tidak boleh dibeli pada kadar itu.

“Contohnya, ada tanda harga pada ikan ditawarkan per 100 gram tapi pengguna tidak boleh pun beli 100 gram, kena beli seekor baru harga boleh ditentukan. Harga yang ditetapkan KPDNKK pun berasaskan per satu kilogram barangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi mengelak pengguna keliru (dengan tawaran harga), kita berunding dengan pihak terlibat supaya tukar tanda harga serta-merta. Peniaga boleh letak tanda harga barang per 100 gram dengan syarat, harga sekilogram barang juga mesti dipaparkan dengan jelas,” katanya kepada pemberita selepas meninjau barangan di bawah Skim Kawalan Harga sempena perayaan Aidilfitri di sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Azman berkata KPDNKK menggiatkan pemantauan sepanjang musim perayaan ini bagi memastikan peniaga dan pengendali pasar raya mematuhi peraturan tanda harga merah jambu yang ditetapkan dan jika gagal, mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini