Lelaki warga Pakistan maut dilanggar kereta api - Utusan Malaysia

Lelaki warga Pakistan maut dilanggar kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Jun- Seorang lelaki warga asing ditemukan maut di landasan kereta api di Jalan Sentul di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan kedua-dua belah kaki telah terputus kira-kira pukul 7.30 pagi di tepi jalan di landasan tersebut.

Menurutnya, mangsa merupakan warga Pakistan dan berusia 36 tahun.

“Siasatan telah dilakukan oleh pihak forensik dan punca kejadian disahkan akibat dilanggar kereta api serta tiada unsur jenayah.

“Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Munusamy, kes disiasat sebagai mati mengejut . – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN