Lelaki warga Indonesia maut dirempuh Toyota Hilux - Utusan Malaysia

Lelaki warga Indonesia maut dirempuh Toyota Hilux

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI – Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di simpang Jalan Perlis-Kuala Baram By Pass di sini malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kejadian kira-kira pukul 7.35 malam itu telah mengakibatkan mangsa, Kasim Sikki, 46, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, sebelum kejadian itu, pemandu Toyota Hilux yang berusia 25 tahun dikatakan sedang dalam perjalanan dari Kuala Baram menghala ke pusat bandar raya Miri.

Bagaimanapun katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, lelaki yang menunggang motosikal itu dikatakan secara tiba-tiba masuk ke simpang tanpa memberikan isyarat hingga mengakibatkan pemandu Toyota Hilux terbabit gagal mengelak lalu merempuh mangsa.

“Impak rempuhan kuat itu telah mengakibatkan mangsa tercampak dari motosikalnya dan mengalami kecederaan parah.

“Pemandu lelaki tersebut pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini