Lelaki tembak mati kawan sebelum tembak mati diri sendiri - Utusan Malaysia

Lelaki tembak mati kawan sebelum tembak mati diri sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT 2 Jun – Gara-gara perselisihan faham, seorang lelaki menembak mati rakannya sebelum bertindak menembak diri sendiri dalam kejadian di hadapan kedai makan di Kampung Koh, Sitiawan di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd. Rahman berkata, dalam kejadian pada pukul 11 malam itu, mangsa dan suspek yang masing-masing berusia 66 dan 62 tahun sedang minum di kedai makan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, berlaku perselisihan faham antara mereka yang dipercayai berpunca daripada masalah hutang perniagaan sehingga menyebabkan suspek bertindak menembak mangsa.

“Ketika kejadian, suspek yang dipercayai dalam keadaan mabuk telah menembak rakannya di kaki dan tangan menggunakan short gun sebelum dia melarikan diri dengan menaiki kereta.

“Suspek yang turut melarikan pistol mangsa bagaimanapun dijumpai mati setelah menembak diri sendiri di dalam kereta tidak jauh dari tempat kejadian,” katanya.

Menurut Yahya, mangsa yang parah sebelum itu dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan kecemasan namun disahkan telah meninggal dunia.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan siasatan kes ini dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN