Lelaki Myanmar maut dibunuh rakan senegara - Utusan Malaysia

Lelaki Myanmar maut dibunuh rakan senegara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas ditikam rakan senegara dalam pergaduhan di asrama sebuah kilang tempat mereka bekerja di Jalan Bukit Tambun, Juru di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, dalam kejadian pada pukul 8.45 malam itu, mangsa dikenali sebagai Sai Ko Ko lewat 20-an dipercayai bergaduh dengan rakannya ketika mereka sedang minum bersama di asrama berkenaan.

“Pergaduhan dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mereka dan suspek bertindak menikam mangsa beberapa kali pada bahagian dada sebelum lelaki itu mati di tempat kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek kemudiannya meninggalkan mayat mangsa dan melarikan diri bersama seorang lagi rakannya yang juga warga Myanmar bagi mengelak ditahan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan asrama kilang itu berjaya merakam kejadian pergaduhan berkenaan. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini