Lelaki maut motosikal rempuh kereta - Utusan Malaysia

Lelaki maut motosikal rempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU KAWAN 28 Jun – Seorang lelaki yang bekerja sebagai pengawai keselamatan terbunuh dalam kemalangan yang melibatkan tiga kenderaan di Jalan Bukit Tambun, dekat sini pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mangsa, Anas Safwan Abd. Manaf, 36, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sungai Bakap akibat cedera di bahagian kepala dan dada.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 pagi itu, Anas Safwan yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC cuba memotong sebuah lori namun tidak sempat masuk ke laluan asal sebelum melanggar bahagian hadapan sebuah kereta jenis Perodua Kelisa.

Pada masa yang sama sebuah lagi motosikal yang ditunggangi seorang lelaki berusia 34 tahun tidak sempat mengelak dan turut melanggar kedua-dua kenderaan terbabit.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintenden Shafee Abdul Samad berkata, keadaan laluan itu adalah sempit kerana masih dalam pembinaan dan permuakaan tidak rata.

“Kereta yang dipandu seorang wanita berusia 29 tahun itu rosak di bahagian hadapan sebelah kanan dan dia turut cedera di lutut kiri manakala seorang lagi mangsa yang menunggang motosikal jenis Suzuki Shogun patah bahu kanan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu pihak polis,” ujarnya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini