Lelaki maut motosikal berlanggar lori - Utusan Malaysia

Lelaki maut motosikal berlanggar lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU 26 Jun – Seorang lelaki maut setelah motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah lori di Jalan Sin Onn Tiku,di sini petang tadi.

Mangsa, Welcher Seronda Serilo, 32, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala manakala pemandu lori iaitu Darman Mohd. Bolong, 37, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata,

Memuatkan artikel berkaitan…

siasatan awal mendapati kejadian berpunca akibat kecuaian mangsa (penunggang motosikal).

“Kejadian berlaku pada pukul 1.40 petang ketika pemandu lori dari Jalan Timur menuju ke kuari Batu 9 Jalan Apas.

“Apabila sampai di Jalan Tiku di satu selekoh, tiba-tiba sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda dari arah bulatan Batu 4 telah masuk ke laluan lori lalu terlanggar bahagian belakang sebelah kanan lori,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Fadil, selepas kemalangan, topi keledar mangsa telah tertanggal dan mangsa telah tercampak di tengah jalan dengan keadaan tertiarap bersama motosikalnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini