Lelaki maut dalam kejadian langgar lari - Utusan Malaysia

Lelaki maut dalam kejadian langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM 2 Jun – Seorang penunggang, Mohd. Azwal Abu Seman, 38, dari Taman Anggerik di sini maut sementara isteri cedera setelah motosikal dinaiki mereka bergesel dengan sebuah kereta sebelum terbabas di Jalan Kulim-Bukit Mertajam di sini, awal pagi tadi.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Asisten Superintenden Ismail Atan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, isteri mangsa, Norailashaili Othman, 32, hanya mengalami cedera ringan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki suami isteri itu dari arah Bukit Mertajam ke Kulim terbabas dan terjatuh setelah bergesel dengan sebuah kereta dari arah yang sama. Pemandu kereta berkenaan bagaimanapun melarikan diri.

“Polis sedang berusaha mencari pemandu itu,” katanya, di sini hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang melihat kes kemalangan tersebut diminta memberi maklumat kepada polis dengan segera dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Rohayu Jaafar di talian 04-4904646. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN