MELAKA – Seorang lelaki ditemui lemas di Sungai Melaka, Jalan Bunga Raya Pantai di belakang Hospital Putra di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, hasil maklumat orang awam, pihak Bomba dan Penyelamat menemui mayat lelaki itu yang lengkap berpakaian kemeja T dan berseluar panjang, dalam keadaan meniarap. “Seorang lelaki dan teman wanitanya yang duduk di tebing sungai itu ternampak satu kepala dalam keadaan tenggelam…










