KOTA KINABALU 31 Mei – Seorang lelaki ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan jenis Proton Iswara berdekatan kawasan tong sampah di Taman Cantik, Lido di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 petang itu, mangsa, Chung Yew Foh, 56, disahkan meninggal dunia di lokasi dan ditemukan oleh orang awam. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, semasa pemeriksaan, mangsa ditemukan dalam keadaan berpakaian lengkap.…










