KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan kerana didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu pada kereta dipandunya dalam Op Selamat 13 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2018 di Plaza Tol Duta arah Selatan di sini awal pagi tadi. Lelaki berkenaan dipercayai berbuat demikian bagi mengelakkan kereta dipandunya itu dirakam oleh kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (Kepolisan Am/ Siasatan/ Sumber) Asisten Komisioner Md. Dali Wahid berkata, tindakan licik lelaki berkenaan dapat dikesan oleh anggotanya selepas melakukan pemeriksaan ke atas kereta jenis Honda City milik lelaki tersebut. “Lelaki berkenaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya