Lelaki disangka babi mati ditembak - Utusan Malaysia

Lelaki disangka babi mati ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang disangka sebagai babi hutan mati aki­bat terkena tembakan yang dilepaskan oleh rakannya sendiri dalam kejadian di Hutan Kampung Sungai Pe­ning, Semenyih dekat sini pada Sabtu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kejadian berlaku apabila mangsa bersama rakannya keluar memburu binatang di kawasan hutan berkenaan kira-kira pukul 12 malam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek yang berusia 40 dan 44 tahun dan berasal dari Sabah itu kemudian berpecah ketika berada di dalam hutan.

“Mereka telah berpecah dan masing-masing bergerak sendiri untuk memburu binatang.

“Sekitar pukul 6 pagi, suspek dipercayai telah tertembak mangsa kerana menyangka rakannya itu adaah seekor babi hutan memandangkan kea­daan hutan yang gelap,” katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini